Microsoft Surface Laptop Ultra akhirnya dilancarkan secara rasmi hari ini selepas diumumkan di Computex pada Jun lalu. Ia merupakan Surface paling berkuasa pernah dilancarkan dengan penggunaan cip NVIDIA RTX Spark yang dipadankan dnegan skrin 15″ MiniLED PixelSense Ultra dengan keterangan puncak 2000 nit.

Dengan NVIDIA RTX Spark, komputer riba ini hadir dengan CPU 20 teras NVIDIA Grace, GPU NVIDIA Blackwell RTX 128GB dengan 6,144 teras CUDA yang memberikan kemampuan pemprosesan AI sehingga 1 petaflop dan kemampuan grafik pula setanding RTX 5070.


Ia dipasarkan sebagai pesaing kepada MacBook Pro. Spesifikasi tinggi ini membolehkan Surface Ultra menjalankan model AI dengan saiz 120B parameter. Pada waktu yang sama bateri disertakan masih boleh bertahan sepanjang hari.

Berat pula sekitar 2 kilogram dengan pilihan warna Platinum dan Nightfall. Disamping itu ia turut dilengkapi sebuah trackpad terbesar pernah digunakan pada sebuah Surface. Ia turut masih hadir dengan I/O lengkap USB-C, USB-A, HDMI, bicu audio dan pembaca kad memori.
Ciri yang agak menarik ialah kabel pengecas Surface Ultra adalah yang pertama dari jenis USB-C dengan magnet. Ia bersambung dengan kemas seakan kabel pengecas MagSafe pada MacBook.
Harga jualan bermula $2,599.99 (~RM 10,622) untuk model asas memori 24GB sebelum meningkat ke $5,899.99 (~RM 24,105) dengan memori 128GB.



