Selain Microsoft Surface Laptop Ultra dengan cip NVIDIA RXT Spark, Microsoft Surface RTX Spark Dev Box juga dilancarkan sebagai sebuah PC desktop untuk pembangun kecerdasan buatan (AI) lokal. Ia mempunyai rekaan kompak untuk pembangun yang mahu membina, menghasilkan prototaip dan melatih model AI tanpa bergantung kepada awanan bagi mengawal kos mengakses kuasa perkomputeran AI yang diperlukan

Cip RTX Spark yang digunakan digabungkan dengan memori bersepadu 128GB RAM membolehkan model dengan 120 bilion parameter serta konteks 1 juta token dijalankan terus pada Surface RTX Spark Dev Box. Kemampuan pemprosesan AI pada Surface RTX Spark Dev Box mencecah 1 petaflop.

Sistem operasi yang digunakan pula ialah Windows 11 Pro. Walaupun dibangunkan sebagai sebuah komputer AI desktop, ia juga boleh menjalankan pelbagai permainan video moden serta kerja kreatif kerana dilengkapi GPU setaraf RTX 5070 dengan lebih 6000 teras CUDA.
Pratempahan Microsoft Surface Laptop Ultra dibuka di Amerika Syarikat ini dengan harga $5,999.99 (~RM 24,509) dan peranti akan diterima bermula November.



