Midjourney Memasuki Arena Kesihatan Dengan Pengimbas Tubuh Ultrasonik

TechnologyHealth & Fitness
18 Jun 2026 • 2:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam Midjourney mengacah pelancaran produk fizikal pertama mereka dengan ramalan ia adalah komputer yang boleh menjalankan model kecerdasan buatan mereka tanpa perlu dilakukan secara awanan. Kesemua ramalan awal ini menyeleweng dan sebaliknya perniagaan baharu Midjourney Medical diumumkan bersama dengan mesin Midjourney Scanner.

Image from: Midjourney Memasuki Arena Kesihatan Dengan Pengimbas Tubuh Ultrasonik
Midjourney Scanner

Midjourney Scanner ialah sebuah mesin ultrasound yang boleh melakukan imbasan keseluruhan tubuh manusia dalam masa 60 saat. Jauh lebih pantas berbanding mesin MRI yang digunakan di hospital. Teknologi Imbasan ultrasonik ini tidak mendedahkan tubuh kepada radiasi ataupun medan magnetik kuasa tinggi seperti mesin CT dan MRI.

Image from: Midjourney Memasuki Arena Kesihatan Dengan Pengimbas Tubuh Ultrasonik
Transduser

Ratusan ribu transduser audio merangkap mikrofon yang hanya sebesar 200 mikron digunakan dalam sebuah Midjourney Scanner. Audio frekuensi tinggi yang dihasilkan akan mengimbas tubuh individu di dalam mesin dan imej resolusi tinggi kemudiannya akan dihasilkan.

Satu lapisan imbasan tubuh akan diambil dengan mesin bergerak pada kelajuan 4 cm/s untuk mengimbas keseluruhan tubuh. Data setiap “hirisan” tubuh ini kemudiannya dikumpulkan untuk menghasilkan imbasan lengkap tubuh secara 3D.

Image from: Midjourney Memasuki Arena Kesihatan Dengan Pengimbas Tubuh Ultrasonik

Midjourney mengatakan imej imbasan 3D tubuh yang terhasil mempunyai kejituan sehingga setengah milimeter. Sebarang anomali dalam tubuh dapat dikesan dengan lebih awal.

Midjourney Medical mengatakan mereka akan menghasilkan 50,000 mesin pengimbas dalam tempoh 6 tahun dan melalukan 1 bilion imbasan tubuh dalam masa sebulan. Sebuah “Midjourney Spa” akan dibuka pada penghujung 2027 di San Francisco untuk pelanggan terawal.

Pada waktu ini Midjourney Scanner masih sekadar video 3D dengan hanya transduser diperlihatkan kepada umum.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved