Midjourney Akan Melancarkan Peranti Fizikal Esok

TechnologyDigital
17 Jun 2026 • 8:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam banyak-banyak model kecerdasan buatan (AI) generatif, Midjourney mungkin sedikit dilupakan berbanding Gemini dan ChatGPT. Ia bergerak secara sendiri di latar dengan pengumuman model baharu pula tidak begitu kerap. Tetapi awal pagi tadi, akaun Midjourney mengesahkan syarikat akan mengumumkan projek peranti fizikal pertama mereka.

Image from: Midjourney Akan Melancarkan Peranti Fizikal Esok

Projek ini masih lagi misteri kerana tiada sebarang maklumat mengenainya tertiris sebelum ini. Wujud spekulasi ia adalah sebuah komputer atau tablet yang boleh menjalankan Midjourney secara terus. Ini adalah anjakan paradigma daripada Midjourney yang pada ketika ini diakses menggunakan pelayar web dan Discord.

CEO Midjourney, David Holz  sebelum ini mengesahkan syarikat sedang membangunkan peranti fizikal. Sebelum mengasaskan Midjourney, beliau mengasaskan syarikat Leap Motion yang menghasilkan peranti berinteraksi dalam dunia AR dan VR. Oleh sebab itu wujud juga spekulasi perkakasan fizikal pertama mungkin set kepala yang membolehkan gambar dan video dijana oleh Midjourney kemudiannya dilihat dalam dunia maya.

Apa yang akan dilancarkan Midjournye akan hanya terjawab esok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved