Midjourney dikemaskini ke versi 5.2 semalam dengan beberapa penambahan ciri baharu. Salah satu ciri baharu yang diperkenalkan ialah Zoom Out yang membolehkan lebih banyak elemen dijana di luar bingkai imej asal yang dijana sebelumnya. Ia sama dengan ciri Outpainting yang diberikan oleh DALL.E 2 kepada pengguna tahun lalu.

Midjourney membenarkan pengguna melakukan zum keluar antara nilai 1x hingga 2x sahaja. Turut diperkenalkan ialah ciri Make Square yang akan mengubah saiz bingkai gambar yang dijana kepada empat segi sama. Pada waktu ini kesemua ciri baharu ini hanya boleh digunaka pada imej yang dijana dari dalam Midjourney. Berbeza dengan ciri Generative Fill pada Photoshop Beta yang boleh menjana imej tambahan pada sebarang gambar.

Ciri lain yang diperkenalkan ialah “high variation mode” yang menambah variasi pada imej yang dijana oleh Midjourney. Arahan “–stylize” turut boleh digunakan dalam prom pada imej yang tidak dijana untuk kelihatan realistik. Gunakan arahan “stylize 1000” untuk menjana imej tidak realistik dan “--stylize 1″ untuk kelihatan lebih realistik. Pengguna Midjourney boleh memasukkan sebarang angka antara 1-1000 untuk arahan ini.
Akhir sekali terdapat arahan“/shorten” yang memudahkan prom disunting. Bagi mereka yang lebih selesa dengan versi terdahulu, mereka boleh kembali ke Versi 5.1 dengan menggunakan arahan “/settings”.
- Sumber
- Midjourney DIscord dan Arstechnica



