Midjourney Secara Rasmi Mengumumkan Usaha Pembangunan Peranti Tersendiri

TechnologyDigital
29 Aug 2024 • 11:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Midjourney, penyedia perkhidmatan menjana gambar berasaskan kecerdasan buatan, kini secara rasminya berkongsi menyatakan mereka akan menyertai arena peranti atau perkakasan, sekaligus membuka kepada mereka yang berminat dalam menyertai pasukan berkenaan.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat berkenaan dengannya yang dikongsikan. Tetapi Midjourney mengatakan mereka sedang membangunkan beberapa perkara dibawah mereka.

image is not available

Untuk makluman, Midjourney diasaskan oleh David Holz, yang mana sebelum ini turut mengasaskan Leap Motion yang menawarkan perkakasan untuk menjejak gerakan tangan dan jari sebagai input ke komputer.

Pada awal tahun ini, ia telah dilaporkan yang Midjourney sedang membangunkan penawaran berbentuk “Orb”, yang mungkin memudahkan para pengguna menghasilkan serta menguruskan ruangan 3D secara maya dengan mudah. Produk pertamanya dijangka diperkenalkan seawal 2025 kelak.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut Midjourney berkenaan penawaran perkakasan atau peranti mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved