Google Gemini Akan Kembali Boleh Menjana Imej Manusia Dengan Imagen-3

TechnologyDigital
29 Aug 2024 • 10:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Gemini semakin hari menjadi semakin berkuasa. Mereka yang melanggan Google One AI Premium kini boleh mengakses Gemini Live pada kebanyakan peranti Android, serta turut boleh menjana imej dengan teknologi Imagen-3. Terbaru, selepas berbulan dihalang Gemini akan kembali dibenarkan menjana imej manusia.

image is not available

Sebelum ini, Gemini menghentikan sokongan menjana imej manusia kerana menghasilkan imej bersejarah yang tidak tepat. Kemas kini baharu ini menggunakan Imagen-3, di mana Gemini boleh menjana imej yang lebih realistik dan lebih memahami konteks prom pengguna. Walaupun begitu, atas sebab keselamatan dan perlindungan – penjanaan imej-imej individu ternama tidak akan menjadi realistik serta yang ganas. Ciri ini akan diedarkan kepada pelanggan AI Premium dan pengguna perusahaan terlebih dahulu sebelum diedarkan kepada semua orang.

image is not available