MILDEF perkenal kenderaan HMLTV buatan tempatan Ribat pada LIMA 2025

LocalPolitics
20 May 2025 • 1:33 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MILDEF perkenal kenderaan HMLTV buatan tempatan Ribat pada LIMA 2025

image is not available

20/05/2025 - 13:33

HMLTV Ribat yang dibangunkan oleh MILDEF. Oleh Zaki Salleh

LANGKAWI 20 Mei - Syarikat pertahanan Mildef International Technologies Sdn Bhd (MILDEF) secara rasmi melancarkan kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) yang diberi nama Ribat.

Ribat merupakan HMLTV pertama yang direka bentuk dan dibina sepenuhnya oleh MILDEF.

Pelancaran tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari pertama LIMA 2025 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Penamaan Ribat membawa nilai simbolik tinggi serta merujuk kepada semangat berkawal mempertahankan tanah air yang berteraskan iman, patriotisme dan teknologi.

image is not available

image is not available
Perdana Menteri meletakkan plak nama Ribat pada kenderaan HMLTV MILDEF.

Pengarah Urusan MILDEF, Dato’ Sri Mohd Nizam Kasa berkata, pelancaran Ribat menjadi manifestasi kejayaan dasar kerajaan dalam memperkasa ekosistem pertahanan yang berdikari dan berimpak tinggi.

“Ribat hasil inovasi tempatan yang membuktikan bahawa Malaysia bukan sahaja mampu menjadi pengguna sistem pertahanan, tetapi pencipta teknologi strategik yang diyakini kerajaan dan komuniti global,” katanya dalam kenyataan.

Penanda aras nasional dan serantau Ribat dibangunkan oleh jurutera tempatan dengan sokongan kemudahan kejuruteraan bertaraf industri di Seremban dan Sepang.

Ia dilengkapi sistem perlindungan balistik modular dan direka untuk misi seperti rondaan, konvoi dan operasi khas.

image is not available

image is not available

Ribat merupakan kesinambungan kepada kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (HMAV 4x4) Tarantula yang diperkenalkan MILDEF pada 2 April 2021.

MILDEF ketika ini masih mengintai peluang untuk mendapatkan kontrak bagi pembekalan 136 unit HMAV Tarantula kepada Tentera Darat Malaysia.

Dalam pada itu, MILDEF turut menandatangani 2 memorandum persefahaman pada LIMA 2025 termasuk dengan syarikat pertahanan utama Indonesia, PT PINDAD di Langkawi.

image is not available


Kerjasama ini membuka peluang eksport, pemindahan teknologi serta integrasi sistem antara kedua-dua negara serantau.

Seterusnya kerjasama strategik bersama Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) bagi pembangunan dua lagi platform kenderaan taktikal yang akan direka bentuk sepenuhnya dalam negara. - DagangNews.com

standard