
Seorang pemuda dari Amerika Syarikat (AS), Nick Stoeberl memecah rekod dunia sekali lagi dengan hanya menggunakan lidahnya. Sebelum ini, Nick mencipta Guinness World Record (GWR) sebagai individu memiliki lidah terpanjang di dalam dunia.
Terbaharu, pemuda berasal dari Los Angeles ini mencipta rekod baharu apabila dia berjaya menjatuhkan lima blok Jenga dengan menggunakan lidah pada catatan masa 55.526 saat.

Untuk rekod, Jenga adalah sebuah permainan kanak-kanak yang memerlukan peserta mentuhkan sebuah blok tanpa menjatuh blok-blok yang lain.
Selepas memecahkan rekod baharu, pemuda yang memiliki lidah sepanjang 10.1 sentimeter (cm) itu berkata hidupnya kini berubah ke arah yang lebih baik.
“Ketika mula-mula memecah rekod, saya berniat menggunakan lidah untuk sesuatu yang berguna dan kemudian melihat seorang lelaki di India melukis dengan lidahnya.
“Terinspirasi dengannya, saya cuba gunakan lidah untuk menghasilkan karya menarik sebelum akhirnya melakar rekod baharu ini,” katanya kepada sumber.

Sambung Nick, dia kini berpeluang melawat banyak negara dan bergaul dengan masyarakat berbilang bangsa selepas memegang rekod dunia itu.
Terdahulu, Nick pernah mencuba untuk melakar rekod menyentuh hidung dengan lidah selama satu minit, namun cubannya itu gagal. Rekod itu perlu dicabar pada tempoh melebihi 281 mata, tetapi Nick kekurangan 35 mata.
Kredit: Harian Metro
Sumber: Guinness World Record Sumber: Guinness World Record
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
