Mimi Lana Dedah Sikap Amir Ahnaf Di Luar Kamera Selepas Timbul Kontroversi

Entertainment
24 Oct 2026 • 11:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Mimi Lana tampil memberi kata-kata semangat kepada Amir Ahnaf yang berdepan kecaman netizen.
  • Mimi menyifatkan Amir sebagai individu berbudi pekerti baik, menghormati orang sekeliling dan bertanggungjawab terhadap kerja.
  • Mimi berkongsi pesanan suaminya bahawa kesilapan adalah ruang untuk belajar, sambil berharap Amir tidak patah semangat.
  • Nama Amir menjadi bualan selepas komen ‘jump jacks now’ pada foto seorang wanita berpakaian seksi tular. Mimi kemudian memadam hantaran sokongannya selepas beberapa jam.

Pelakon, Mimi Lana tampil memberikan kata-kata semangat kepada Amir Ahnaf yang berdepan kecaman bertalu-talu daripada netizen sejak kebelakangan ini.

Menerusi hantaran di Threads, Mimi menyifatkan Amir sebagai seorang individu yang mempunyai budi pekerti baik, menghormati orang sekeliling dan bertanggungjawab terhadap kerjanya.

Mimi Lana dedah sikap Amir Ahnaf di luar kamera

Image from: Mimi Lana Dedah Sikap Amir Ahnaf Di Luar Kamera Selepas Timbul Kontroversi

Menurut Mimi, dia melihat Amir sebagai seorang yang baik di luar kamera. Namun, dia turut berpendapat bahawa figura awam perlu sentiasa berhati-hati kerana setiap tindakan mereka menjadi perhatian orang ramai.

Amir Ahnaf ini baik budi pekertinya di luar. Sangat menghormati orang sekeliling. Bertanggungjawab dengan kerja dia. Tapi setiap kali ada projek dia nak keluar, mesti ada benda yang tak elok diperkatakan.

Jadi figura umum ini memang kena selalu berhati-hati, tanggungjawabnya besar. Sebab orang memerhatikan kita dan kadang-kadang jadikan kita contoh.

Setiap kesilapan jadi pengajaran

Image from: Mimi Lana Dedah Sikap Amir Ahnaf Di Luar Kamera Selepas Timbul Kontroversi

Dalam perkongsian sama, isteri kepada pelakon Syafiq Kyle itu turut berkongsi pesanan suaminya yang mengingatkan bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Justeru, Mimi berharap Amir tidak patah semangat dan menjadikan pengalaman yang dilalui sebagai ruang untuk belajar serta memperbaiki diri.

Suami saya selalu pesan dengan saya. Tapi kita ini manusia kan, kalau tak buat salah macam mana nak belajar kan? You can do this Amir! Jangan baga ok.

Bagaimanapun, Mimi kemudian bertindak memadam hantaran tersebut selepas beberapa jam dimuat naik.

The post Mimi Lana Dedah Sikap Amir Ahnaf Di Luar Kamera Selepas Timbul Kontroversi appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved