Mimi Lana Kongsi Sisi Comel Syafiq Kyle - “Dia Memang Manja & Rapat Dengan Ibunya”

31 May 2025 • 1:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Mimi Lana mendedahkan sisi sebenar suaminya, Syafiq Kyle yang disifatkan sebagai ‘anak emak’.
 

Manja dan rapat dengan ibu


Menurut Mimi, Syafiq merupakan seorang anak yang manja dan sangat rapat dengan ibunya, Rohaya Sulaiman.


 

“Syafiq memang 'anak emak', tapi apa yang saya boleh cakap adalah ke arah yang baik dan positif.
 
“Saya rasa semua orang pun nampak bagaimana Syafiq melayan ibunya dengan baik serta mesra pada majlis tayangan filem lakonannya atau ketika ditemu bual.

 


"Jadi, kalau ada orang tanya adakah layanan dia pada saya sama seperti ibunya, kita harus faham, Syafiq sudah hidup bersama dengan ibunya berpuluh tahun dan berbeza dengan saya," ujarnya.


 


Mimi berkata demikian ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Mencari Ramlee, bertempat di GSC Mid Valley pada Khamis.


Diterima baik keluarga mentua

 


Ditanya mengenai penerimaan keluarga Syafiq, Mimi berkata dirinya juga diterima dengan baik dalam keluarga suaminya itu.


 

"Saya tidak berasa seperti orang luar kerana mereka sekeluarga menerima kehadiran saya dengan baik.

 


"Pada masa sama, saya juga menantu perempuan dalam keluarga kerana adiknya juga lelaki," katanya.


 


Terdahulu, menerusi video di TikTok, Mimi berkongsi mengenai sisi sebenar Syafiq yang sangat akrab dengan ibunya.


 


Malah hubungan Mimi juga baik bersama ibu mentuanya yang sudah lama dikenali sejak mereka mula bercinta.