Mimi Lana ‘Up’ Puisi Pasal Hargai Wanita, Kapsyen Hanya Noktah

Entertainment
11 Aug 2023 • 7:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Lagi seminggu nak disatukan, pasangan selebriti popular Mimi Lana dan Syafiq Kyle membatalkan majlis nikah dan resepsi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.

Berita itu dimaklumkan wakil pengurusan Syafiq Kyle dan Mimi Lana menerusi satu kiriman mesej ringkas kepada para tetamu.

image is not available

Meninjau ke Instagram, pelakon tinggi lampai itu dilihat memuat naik satu puisi berbahasa Inggeris mengenai penghargaan kepada golongan wanita.

image is not available

Kapsyen perkongsian itu pula hanya diletakkan tanda noktah tanpa penerangan lanjut. Malah, pelakon ini turut menutup ruangan komen.

Minggu lalu, rakan-rakan selebriti mengadakan bachelorette party untuk meraikan Mimi yang bakal menamatkan zaman bujang. Antara jemputan yang hadir adalah Nabila Huda, Fazura, Alicia Amin, Sherry Alhadad dan ramai lagi.

Kredit: Instagram Mimi Lana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media