Bangga Dengan Pencapaian Diri, Neelofa Berjaya Kuasai Bahasa Arab - “Macam Mimpi Jadi Kenyataan…”

26 Jun 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selebriti dan usahawan, Neelofa meluahkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian dirinya yang berjaya mempelajari bahasa Arab sehingga mampu menghabiskan 10 topik dalam jilid satu.

Doa dipermudah

Menerusi perkongsian di Instastory, Neelofa, 36, berkata, dia masih perlu berusaha dan terus berdoa agar hatinya sentiasa lapang serta dipermudahkan untuk menguasai bahasa Arab agar mudah memahami isi al-Quran.

"Sekarang sudah bab 10 untuk buku 1. Masih jauh perjalanan, cuma macam tak percaya boleh sampai tahap ini.

 

"Moga Allah lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai bahasa Arab.

 

"Semua milik Allah, moga Allah rezekikan untuk pinjamkan ilmu ini sepenuhnya suatu hari nanti, insya-Allah,” katanya.

Ikuti kelas bahasa Arab

Menerusi hantaran sama, isteri kepada penceramah bebas PU Riz ini berkata, dia pernah mengikuti kelas bahasa Arab, namun terkandas di pertengahan jalan.

 

"Macam mimpi jadi kenyataan, dari dulu selalu doa nak kuasai bahasa Arab (untuk faham Quran, baca Quran macam baca buku cerita, nak belajar lebih tentang hadith, nak bercakap kalau di Tanah Suci).

 

"Tapi tak tahu macam mana nak jadikan realiti, sebab sebelum ini dah cuba banyak kali ambil kelas tapi separuh jalan, sebab susah, sebab 'mindset’,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved