Mindef beli 136 HMAV Tarantula, meterai kontrak keseluruhan RM11 bilion pada LIMA 2025

LocalPolitics
22 May 2025 • 12:18 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mindef beli 136 HMAV Tarantula, meterai kontrak keseluruhan RM11 bilion pada LIMA 2025

image is not available

22/05/2025 - 12:18

HMAV Tarantula menjadi aset terbaru Tentera Darat Malaysia. Oleh Zaki Salleh

LANGKAWI 22 Mei - Kementerian Pertahanan (Mindef) membeli 136 buah kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV 4x4) Tarantula buatan Mildef International Technologies Sdn Bhd (MILDEF) bernilai RM1.8 bilion.

Ia bagi kegunaan Tentera Darat Malaysia dengan tempoh penghantaran selama 4 tahun secara berperingkat-peringkat.

Perolehan ini adalah sebahagian daripada pelbagai kontrak termasuk surat setuju terima (SST), surat hasrat (LOI) dan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai Mindef pada hari ketiga LIMA 2025 di sini.

LOI kepada Mildef ini bagi perolehan 136 buah kenderaan jenis A iaitu HMAV Tarantula termasuk infrasturktur sokongan.

image is not available

image is not available

Mindef turut menganugerahkan LOI bernilai RM800 juta kepada Lumut Naval Shipyard (Lunas) bagi perolehan kelengkapan logistik untuk kapal tempur pesisir (LCS).

Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, keseluruhan kontrak bernilai RM11 bilion melibatkan 40 kontrak atau SST, LOI (2) kepada syarikat-syarikat yang telah dianugerahkan kontrak perolehan oleh MINDEF dari penghujung tahun 2023 hingga kini.

Katanya, turut dimeterai ialah 6 MoU antara Mindef dan rakan strategik terpilih.

“Peningkatan jumlah kontrak sebanyak RM1 bilion berbanding LIMA 2023 iaitu RM10 bilion.

image is not available
TUDM bakal menerima 4 buah lagi helikopter Leonardo AW139 secara sewaan.

image is not available
LOI RM800 juta dimeterai bagi perolehan kelengkapan logistik untuk kapal LCS.

“Bagaimanapun, nilai keseluruhan kontrak juga adalah termasuk tambahan 45 lagi kontrak perolehan bernilai antara RM10 juta hingga RM30 juta yang telah ditandatangani sebelum ini.

“Mindef komited dalam memperkukuhkan pertahanan negara amnya dan Angkatan Tentera Malaysia melalui beberapa rundingan yang sedang berlangsung,” ujarnya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan MoU tersebut.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar serta Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Turut dimeterai ialah kontrak sewaan 4 buah lagi helikopter Leonardo AW139 daripada Westar Aviation Sdn Bhd untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mindef juga membeli sebanyak 178 pelancar antinkereta kebal ringan dan 2 buah sistem radar pengawasan jarak jauh. - DagangNews.com

featured standard