Mindef buka kontrak sewa helikopter Tentera Darat, Black Hawk dipercayai jadi pilihan

LocalPolitics
8 Aug 2025 • 10:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mindef buka kontrak sewa helikopter Tentera Darat, Black Hawk dipercayai jadi pilihan

image is not available

08/08/2025 - 10:20

Tentera Darat Malaysia telah lama berhasrat mendapatkan helikopter Black Hawk. - Gambar AFP Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Usaha mendapatkan helikopter baharu untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) diteruskan apabila Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengeluarkan kontrak pesawat tersebut.

Bahagian Perolehan Mindef menawarkan kontrak untuk perolehan 4 buah helikopter pengangkut bagi keperluan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) secara sewaan selama 5 tahun.

Menurut laporan laman web pertahanan Malaysia Defence, kontrak itu diterbitkan pada Isnin lalu menerusi laman Eperolehan Mindef dan akan ditutup pada 26 September.

Nilai kontrak ditawarkan ialah pada kira-kira RM185.1 juta, namun butiran terperinci kontrak tidak dinyatakan.

image is not available
Anggota Tentera Darat Malaysia semasa melaksanakan latihan bersama tentera Amerika Syarikat menggunakan helikopter Black Hawk.

Helikopter utiliti kategori sederhana ini hendaklah mempunyai keupayaan sepertimana yang dikehendaki TDM termasuk mengangkut beban secara tergantung di bawah pesawat (underslug).

Berdasarkan ciri-ciri umum helikopter tersebut, ia membayangkan mempunyai persamaan sepertimana helikopter Sikorsky UH-60 Black Hawk yang sememangnya diingini TDM.

Tawaran kontrak terbaru ini pastinya menarik perhatian memandangkan Mindef pada November tahun lalu telah membatalkan kontrak helikopter Black Hawk secara sewaan.

Nilai kontrak sewaan terbaru ini juga berada pada julat yang sama dengan kontrak sebelumnya.

image is not available

image is not available

image is not available
Keupayaan Black Hawk mengangkat beban secara underslug.

Syarikat Aerotree Defence and Services Sdn. Bhd. (Aerotree) yang diberikan kontrak bernilai RM187 juta gagal memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan walaupun sudah dilanjutkan hingga akhir Oktober tahun itu.

Di bawah perjanjian bernilai RM187 juta itu, helikopter pertama sepatutnya dihantar pada November 2023, tetapi tarikh akhir itu ditunda ke April 2024.

Sebagai pengganti, TDM akan menerima 4 helikopter AW149 sebagai sebahagian daripada pembelian 28 unit helikopter secara pajakan oleh kerajaan, walaupun penghantaran dijangka pada tahun 2027.

Selain TDM, TUDM juga akan menerima 12 unit AW149, manakala TLDM akan memperoleh 2 unit.

Baki 10 unit akan diserahkan kepada PDRM, JBPM dan JPM.

image is not available

image is not available
Latihan dengan tentera Amerika Syarikat mendedahkan pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia tentang keupayaan helikopter Black Hawk.

Bagaimana pun, TDM masih berhasrat untuk mendapatkan helikopter jenis Black Hawk yang dikatakan paling sesuai dengan corak operasi dan keperluan angkatan tersebut.

Terutamanya keupayaan helikopter melakukan underslug selain Black Hawk telah terbukti sebagai antara helikopter utiliti paling berprestasi selain digunakan dalam banyak konflik.

Pada Mac lalu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan memaklumkan bahawa Mindef merancang untuk membuka semula tender kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM pada masa hadapan.

image is not available
Helikopter Leonardo AW149.

image is not available

Perancangan itu dilakukan selepas syarikat Aerotree gagal membuat penghantaran mengikut tarikh ditetapkan.

Jelas Muhammad Hafizuddeain, beberapa syarikat telah pun mengemukakan kertas cadangan bagi menawarkan diri untuk membekalkan helikopter berkenaan.

Katanya, nilai projek kontrak masih di paras RM200 juta dan TDM memerlukan sewaan lima tahun untuk helikopter ini. - DagangNews.com

featured standard