
MINI Paul Smith Edition Kini Ditawarkan Di Auto Bavaria
Auto Bavaria baru-baru ini memperkenalkan MINI Paul Smith Edition kepada para pelanggan serta peminat MINI menerusi satu acara eksklusif di Kuala Lumpur. Edisi terbaharu dalam keluarga MINI ini kini ditawarkan dalam pilihan warna White dan Statement Grey.
Acara tersebut menerima kehadiran lebih 200 tetamu, termasuk pelanggan setia dan peminat MINI, yang hadir untuk melihat dengan lebih dekat perincian reka bentuk unik serta estetika premium hasil kolaborasi MINI Paul Smith Edition.
Pengarah MINI Malaysia, Ms Linnet Yew berkata, MINI Paul Smith Edition mencerminkan DNA kreatif jenama itu serta semangat keunikan tersendiri. Beliau turut berkata, para peminat MINI berpeluang menyaksikan sendiri ketelitian pembuatan, karakter dan gaya hidup yang diketengahkan menerusi MINI Paul Smith Edition.

Melengkapkan pameran MINI Paul Smith Edition, Auto Bavaria turut menampilkan koleksi edisi istimewa MINI yang menyerlah, sekali gus memberi peluang kepada tetamu menerokai portfolio reka bentuk dan prestasi MINI yang pelbagai.
Antaranya ialah MINI Countryman Stealth Limited Edition eksklusif Auto Bavaria, MINI Countryman Shadowline Limited Edition, MINI 1965 Victory Edition yang baru diperkenalkan serta MINI John Cooper Works GP Inspired Edition. Setiap edisi khas dihasilkan dalam jumlah terhad, sekali gus mengekalkan nilai eksklusif dan keistimewaannya buat mereka yang menghargai kelainan sebenar.
Pengalaman itu tidak terhenti di ruang pameran sahaja apabila tetamu turut dijemput menyertai sesi pandu uji malam, membolehkan mereka merasai sendiri pengendalian go-kart ikonik MINI serta dinamik pemanduannya berlatarbelakangkan suasana meriah kota Kuala Lumpur.
Ketua Operasi Auto Bavaria, Mr Wong Loke Win berkata, pameran tersebut dirangka berteraskan penglibatan gaya hidup bermakna menerusi Vibrant Society by Auto Bavaria, sebuah komuniti eksklusif yang diwujudkan untuk menghimpunkan pelanggan melangkaui pengalaman pemilikan kenderaan.

Menurut beliau, pengenalan MINI Paul Smith Edition bersama model edisi terhad dan berinspirasikan prestasi lain mencerminkan komitmen Auto Bavaria dalam menawarkan layanan yang melangkaui jualan dan selepas jualan, sambil membina hubungan berkekalan menerusi pengalaman bersama yang selari dengan semangat BIG LOVE MINI.
Acara berkenaan menerima sambutan serta minat yang amat menggalakkan. Ditambah dengan legasi kecemerlangan Auto Bavaria yang meraih anugerah selama 14 tahun berturut-turut, ia berjaya mewujudkan pengalaman premium yang mengukuhkan kedudukan Auto Bavaria sebagai pengedar terkemuka dalam memberikan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan serta menghidupkan gaya hidup urban MINI.
Menerusi inisiatif seperti pameran ini, disokong rangkaian bilik pameran MINI di Ara Damansara, Kuala Lumpur, Balakong, Pulau Pinang dan Tebrau, Auto Bavaria terus menawarkan pengalaman imersif berteraskan gaya hidup yang meraikan reka bentuk, prestasi dan komuniti automotif yang kukuh.




