Spotify Perkenalkan Fitness Hub – Kategori Baharu Fokus Kecergasan

Health & FitnessLifestyle
28 Apr 2026 • 3:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menurut Spotify, hampir 70% pengguna Premium bersenam setiap bulan dengan lebih 150 juta senarai main kecergasan aktif di seluruh dunia. Melihat potensi ini sebagai sesuatu yang menarik, mereka kini memperkenalkan kategori baharu iaitu Fitness Hub yang memberi fokus terhadap kecergasan.

image is not available

Ia ditawarkan untuk pengguna Premium di pasaran terpilih yang akan mendapat akses kepada lebih 1400 kelas tanpa iklan merangkumi yoga, cardio, meditasi, larian dan sebagainya. Selain daripada itu, Spotify menyediakan kandungan daripada pencipta terkenal sekali gus meluaskan pilihan yang boleh dicuba oleh pengguna.

Ciri ini turut direka untuk digunakan pada pelbagai jenis peranti, sekali gus membolehkan pengguna memulakan video senaman di TV, menyambung audio di telefon dan menamatkan sesi pemulihan di pembesar suara. Kelas ditawarkan dalam pelbagai bahasa khususnya Bahasa Inggeris manakala beberapa pilihan lain tersedia dalam Bahasa Sepanyol dan Jerman serta boleh dimuat turun untuk akses luar talian.

image is not available

Pengguna Premium di pasaran terpilih boleh mengakses ciri ini dengan mudah dengan membuka aplikasi Spotify terlebih dahulu. Seterusnya, mereka hanya perlu mencari kata kunci “Fitness” untuk membuka Fitness Hub atau menemuinya melalui bahagian “Browse all”. Dari situ, pengguna boleh mengakses kelas serta senarai main yang dikurasi bagi mendapatkan sesi senaman yang sesuai dengan matlamat mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved