X Memperkenalkan Aplikasi Permesejan Berasingan, X Chat Pada iPhone

TechnologyDigital
25 Apr 2026 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

X sedia menawarkan sokongan permesejan pada aplikasi utama mereka. Dalam usaha untuk membuatkan pengguna lebih memfokuskan ciri permesejan yang ditawarkan, kini X turut memperkenalkan sebuah aplikasi berasingan dinamakan X Chat, terlebih dahulu untuk pengguna iPhone.

image is not available

X Chat ditawarkan secara percuma, dan menyertakan sejumlah ciri menarik, termasuk seperti menghalang rakaman skrin, menghantar mesej menghilang, serta sokongan menghantar fail, membuat panggilan dan lain-lain. Aplikasi ini juga dikatakan menyertakan sokongan penyulitan penuh, tiada penjejak, dan tiada iklan.

Bagi anda yang mempunyai akaun X, anda boleh terus menggunakan X Chat melalui aplikasi berasingan ini. Sekiranya berminat, anda boleh memuat-turun X Chat di iPhone hari ini. Ia masih tidak diketahui lagi bilakah X Chat akan ditawarkan untuk pengguna Android.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved