Minit mesyuarat DKU adalah dokumen sulit - Aminuddin

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 3:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Minit mesyuarat DKU adalah dokumen sulit - Aminuddin
Aminuddin

SEREMBAN - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk meminta minit mesyuarat khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) bertarikh 17 April lalu diserahkan kepadanya, meskipun hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Menurutnya, dokumen tersebut adalah sulit dan hanya boleh dikeluarkan selepas mendapat pengesahan daripada DKU yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

"Berulang kali saya nyatakan bahawa saya hanya ahli yang turut hadir. Saya tidak punya kuasa untuk meminta supaya Setiausaha DKU menyerahkan minit mesyuarat yang belum disahkan oleh DKU.

"Isu ini tidak sepatutnya timbul dan diulang-ulang hanya kerana Menteri Besar telah menghadiri mesyuarat tersebut dengan mengatakan pastinya Menteri Besar tahu apa butiran mesyuarat," katanya di Thread.

Sebelum ini Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Sufian Maradzi dilaporkan berkata, persoalan mengenai Minit Mesyuarat DKU bertarikh 17 April 2026 kekal fundamental kerana rekod yang menjadi asas kepada keputusan mengenai krisis yang berlaku tidak dikemukakan ketika pertikaian mula berlaku.

Ujarnya, sekiranya rekod tersebut diperjelaskan sejak awal, sebahagian besar kekeliruan, pertikaian institusi dan krisis pentadbiran yang menyusul berkemungkinan dapat dielakkan.

Tambah Aminuddin, UMNO Negeri Sembilan perlu merujuk Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) dan peraturan DKU sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Semoga UMNO sedar untuk menghentikan segala permainan politik dalam keadaan rakyat resah dan gelisah," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved