Tindakan MB didakwa tidak selari dengan Tuanku Muhriz – Aminuddin

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 5:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tindakan MB didakwa tidak selari dengan Tuanku Muhriz – Aminuddin

SEREMBAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, menzahirkan kekecewaan terhadap kemelut institusi dan pentadbiran yang sedang berlaku di negeri itu, yang disifatkan tidak wajar dibiarkan berlarutan sehingga menjejaskan kepentingan rakyat.

Aminuddin yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, perkembangan berkenaan bukan sahaja membabitkan persoalan Perlembagaan dan institusi diraja, malah menimbulkan kebimbangan terhadap kelangsungan pentadbiran, kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, PKR Negeri Sembilan memandang serius tindakan serta pendirian Menteri Besar yang didakwa tidak selari dengan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Kemelut politik jangan sampai melumpuhkan pentadbiran dan menyusahkan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketidaktentuan berkaitan kedudukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan berpotensi melambatkan urusan penting yang memerlukan pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa negeri.

“Keadaan ini boleh menjejaskan keyakinan pelabur, menyukarkan urusan pemilik tanah dan peniaga, selain memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Tindakan MB didakwa tidak selari dengan Tuanku Muhriz – Aminuddin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved