Minox dilantik sebagai pengedar eksklusif produk keluaran Kinglai dari China untuk pasaran Asia Tenggara

LocalBusiness & Finance
27 Aug 2025 • 12:38 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Minox dilantik sebagai pengedar eksklusif produk keluaran Kinglai dari China untuk pasaran Asia Tenggara

image is not available

27/08/2025 - 12:38

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 27 OgosMinox International Group Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, MST Stainless Steel Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar tunggal dan eksklusif bagi produk keluaran Kunshan Kinglai Hygienic Materials Co Ltd dari China untuk pasaran Asia Tenggara.

Kinglai adalah pengeluar komponen keluli tahan karat berkualiti tinggi yang digunakan dalam sistem pembersihan dan vakum.

Minox berkata, perjanjian yang berkuat kuasa mulai 26 Ogos 2025 itu meliputi pasaran Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Filipina.

“Menerusi perjanjian tersebut, MST Stainless Steel akan bertanggungjawab mempromosi dan menjual produk Kinglai, manakala syarikat dari China itu akan menyediakan sokongan teknikal serta latihan bagi memastikan keberkesanan pemasaran dan penggunaan produk.

“Kerjasama strategik itu membolehkan kumpulan mengembangkan operasi dengan memanfaatkan rangkaian pengedaran sedia ada, selain memperkukuh kedudukan jenama KingLai yang telah mantap di pasaran antarabangsa.

“Perjanjian itu dimeterai untuk tempoh dua tahun dan akan diperbaharui secara automatik setiap tahun kecuali ditamatkan lebih awal oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan.

Perjanjian ini dijangka tidak memberi sebarang kesan material terhadap pendapatan tahun kewangan 2025, namun dijangka menyumbang positif kepada prestasi kumpulan dalam jangka panjang.

Minox mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Oktober 2023. - DagangNews.com

standard