Versa muncul antara dua syarikat Malaysia diiktiraf dalam Forbes Asia 100 to Watch 2025

LocalBusiness & Finance
27 Aug 2025 • 2:29 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Versa muncul antara dua syarikat Malaysia diiktiraf dalam Forbes Asia 100 to Watch 2025

image is not available

27/08/2025 - 14:29

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 27 Ogos Versa Asia Sdn Bhd, penyedia platform pengurusan kekayaan digital tempatan, diiktiraf dalam Forbes Asia 100 to Watch 2025, menjadikannya satu daripada hanya dua syarikat Malaysia yang terpilih dalam senarai tahunan berprestij itu.

Turut diiktiraf selain Versa ialah Soft Space Sdn Bhd, penyedia rumusan pembayaran tanpa tunai dan dompet digital yang terkenal dengan produk SoftPOS.

Ketua Pegawai Eksekutif Versa, Teoh Wei-Xiang berkata, pemilihan berprestij itu mengiktiraf peranan Versa dalam membentuk cara rakyat Malaysia menabung, melabur dan merancang kewangan masa depan mereka.

“Ini membuktikan misi syarikat untuk mendidik rakyat Malaysia membina tabiat kewangan lebih baik serta memudahkan akses kepada pengurusan kekayaan adalah berkesan.

“Sejak dilancarkan pada tahun 2021, Versa telah mencatat lebih 300,000 pengguna berdaftar dengan hampir RM2 bilion transaksi dikendalikan setakat ini.

“Awal tahun ini, Versa berjaya memperoleh pembiayaan Siri A sebanyak RM30 juta dengan AHAM Asset Management Berhad sebagai penyumbang utama,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain menjadi platform pelaburan dan simpanan digital, Versa turut melancarkan Versa Quests, misi kewangan yang mempunyai unsur permainan (game) bagi menjadikan pengurusan wang lebih menyeronokkan.

“Versa juga memperkenalkan kempen kadar tetap, memberi kepastian pulangan kepada pengguna dalam pasaran tidak menentu, sekali gus memudahkan perjalanan membina kekayaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Versa, Richmond Yau berkata, pengiktirafan tersebut menjadi pencapaian yang membanggakan dan pemangkin untuk terus membantu rakyat Malaysia mengawal perjalanan kewangan mereka.

Versa yang dilancarkan pada 2021 adalah syarikat fintech tempatan yang dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. - DagangNews.com

standard