“Minta jasa baik semua, padamkan video arwah adik ini,” demikian kata jiran kepada kanak-kanak yang lemas di kolam apartment di Bangi, 13 September lalu.
Jiran mangsa yang hanya dikenali sebagai Mira berkata, video tersebut tidak sepatutnya disebarkan kerana ramai yang tidak mengetahui kejadian sebenarnya.
“…video ini disebarkan tanpa tahu kisah sebenar kerana ia mendatangkan fitnah. Saya sendiri pun tidak sanggup tengok video adik ini lemas,” katanya.
Terdahulu, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terbabit dilaporkan lemas dalam kolam. Ketika kejadian, abang tirinya turut berada di lokasi. Namun tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menyelamatkan mangsa.
Rentetan kejadian itu, polis telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun menurut jiran mangsa, suspek mengalami masalah kesihatan mental.
“Abang arwah adik ini memang tidak waras dan ada surat hospital. Disebabkan video ini viral, abang arwah telah ditangkap polis.
“Mohon semua jangan tambahkan beban ibu bapa arwah lagi,” katanya.
The post ‘Minta jasa baik semua, padamkan video arwah adik ini’ – Jiran maklumkan abang mangsa ada rekod masalah kesihatan mental appeared first on The Reporter.



