Minta Sunting Gambar Dalam Kem Tentera, Hasil Tukang “Edit” Buat Ramai Terpesona

4 Sep 2025 • 9:11 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Minta Sunting Gambar Dalam Kem Tentera, Hasil Tukang “Edit” Buat Ramai Terpesona

Sejak di usia muda, tentu ramai di antara kita pernah memasang pelbagai impian sebelum menginjak usia tua.

“Bila besar nanti nak jadi apa?”

Itulah pertanyaan yang sering didengari oleh kita sewaktu kecil. Namun, dalam masa yang sama ia turut membakar semangat kanak-kanak untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Ada yang mahu jadi angkasawan, doktor, cikgu, pemain bola, penyanyi terkenal atau askar yang berjasa kepada masyarakat dan negara.

Dengan kewujudan aplikasi suntingan gambar dan kecerdasan buatan (AI), ia mampu memberikan inspirasi kepada si kecil untuk mengejar impian dengan hasil-hasil gambar yang menarik.

Begitu juga perkongsian seorang pengguna Facebook Aizat Mohd Nor yang memuat naik gambar anaknya yang lengkap berpakaian seperti seorang askar di Facebook Kumpulan Edit Apa Hari Ini.

Dalam hantaran itu, dia memohon bantuan orang ramai untuk menyunting gambar dalam usaha merealisasikan impian anaknya berada dalam kem tentera.

image is not available
Gambar: Aizat Mohd Nor

“Boleh edit gambar anak saya berada dalam kem tentera,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Hasil Karya Netizen Tak Pernah Mengecewakan

Walau bagaimanapun, hasil suntingan warga maya pula membuatkan kagum malah tak ubah seperti dalam situasi sebenar.

Berikut antara hasil suntingan pengguna Facebook kumpulan itu;

image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini

image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini

image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini

image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini

image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini

image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini

image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini

image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan hasil suntingan yang dilakukan oleh warga kumpulan berkenaan.

Malah ada juga yang mendoakan si cilik itu mampu mencapai impiannya dan bergelar seorang pegawai tentera yang berjasa kepada negara Malaysia.

“Semoga Adik membesar menjadi seorang pegawai tentera yang berani dan gagah melindungi negara Malaysia..Aamin,” komen seorang pengguna.

“Semoga tercapai cita-cita ,” tulis seorang lagi.

“Comel. Semoga menjadi pegawai ATM suatu hari nanti,” komen seorang lagi.

Sumber: Aizat Mohd Nor via Facebook Kumpulan Edit Apa Hari Ini