Pernah tak jadi situasi macam ni?
Anda tengah lepak minum dengan kawan-kawan di mamak.
Jam dah pukul 10 malam.
Kawan anda selamba order kopi.
Anda pula terus pandang dia pelik.
“Eh, kau minum kopi malam-malam ni tak susah tidur ke?”
Dia jawab:
“Tak. Aku minum kopi pun boleh tidur.”
Balik rumah?
Betul.
Dia terus tidur.
Anda pula minum kopi pukul 4 petang tadi, pukul 1 pagi masih terkebil-kebil tengok siling.
Mesti ada yang cakap:
“Badan dia dah kebal kopi kot.”
Adakah ini mitos? Atau fakta?
Saintis memang mendapati bahawa kesan kafein BERBEZA antara seorang dengan seorang yang lain.
Ada orang minum satu cawan terus segar.
Ada orang boleh minum kopi malam dan masih rasa mengantuk.
Kenapa Anda Terpilih? Ini Senarai Semaknya:
1. GENETIK
(Geng Slow Metabolizer Sila Lapor Diri!)
Kafein diproses terutamanya di hati melalui enzim CYP1A2.
Tetapi aktiviti enzim ini tidak sama bagi setiap orang.
Ada individu yang memproses kafein lebih cepat.
Ada pula yang lebih perlahan.
Kalau anda jenis yang metabolisme kafein perlahan, kesannya boleh kekal lebih lama dalam badan.
Sebab itu kawan anda minum kopi malam boleh tidur.
Anda minum petang pun masih berjaga.
2. OTAK ANDA MUNGKIN LEBIH SENSITIF
Kafein bekerja dengan menyekat reseptor adenosine.
Adenosine ialah salah satu bahan yang membantu menghasilkan rasa mengantuk.
Tetapi sensitiviti reseptor ini berbeza antara manusia.
Sebab itu ada orang minum setengah cawan pun dah rasa:
• Mata segar
• Susah tidur
• Gelisah
• Jantung rasa berdebar
Kawan sebelah?
Relax je.
3. “AKU DAH BIASA MINUM KOPI”
Ini memang boleh berlaku.
Kalau anda minum kopi setiap hari, badan boleh membina TOLERANCE terhadap kafein.
Maksudnya, kesan “kick” yang dulu kuat boleh jadi semakin kurang terasa.
Sebab itu ada peminum kopi tegar yang boleh minum kopi malam tanpa rasa macam baru dapat tenaga tambahan.
Tapi ingat.
Kurang rasa kesannya tak bermaksud kafein dah hilang daripada badan.
4. MASA MINUM KOPI
Kafein tidak hilang daripada badan dalam masa satu dua jam.
Secara purata, separuh daripada kafein yang anda ambil boleh masih berada dalam badan beberapa jam kemudian.
Jadi kalau anda minum kopi lewat petang atau malam, sebahagian kafein mungkin masih aktif ketika anda cuba tidur.
Contoh mudah:
Minum kopi pukul 6 petang.
Malam nanti, sebahagian kafein itu masih boleh berada dalam sistem anda.
5. “TAPI AKU BOLEH TIDUR LEPAS MINUM KOPI”
Boleh tidur tak semestinya bermaksud kopi langsung tak memberi kesan.
Sesetengah orang masih boleh tertidur selepas minum kopi.
Tetapi kafein lewat hari boleh mempengaruhi tempoh atau kualiti tidur pada sesetengah individu.
Jadi jangan ukur kesan kafein dengan satu soalan sahaja:
“Aku boleh tidur ke tak?”
Kalau anda selalu susah tidur selepas minum kopi, itu bukan sebab anda “lemah”.
Itu mungkin sebab badan anda memproses kafein lebih perlahan atau otak anda lebih sensitif terhadapnya.
Tips min min, kalau tahu diri tu jenis minum kopi pukul 5 petang pun pukul 1 pagi masih tengok kipas siling, janganlah ikut member order kopi malam-malam.
Dia punya CYP1A2 mungkin laju.
Anda punya mata yang kena berjaga. 😭
Public Health Malaysia
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.





