Pernah berdepan kontroversi membabitkan kandungan lakonannya, pelakon Zul Ariffin mengakui pengalaman lalu membuatkannya kini lebih berhati-hati sebelum menerima atau melakonkan sesuatu babak dalam skrip.
Mengulas mengenai kontroversi drama bersiri yang dihentikan sementara tayangannya baru-baru ini, Zul berkata dia memahami situasi tersebut kerana pernah melalui pengalaman hampir sama sebelum ini.
AdvertisementView this post on Instagram
“Saya dah melalui benda itu. Jadi, saya tidak akan meletakkan diri lagi dalam kedudukan yang membuatkan saya hanya menurut dan mengangguk terhadap apa sahaja yang mereka suruh buat atau apa yang ditulis dalam skrip. Tidak lagi,” katanya.
Menurut Zul, pengalaman tersebut mengajarnya mengenai kepentingan bersuara dan berbincang dalam sesebuah produksi kerana lakonan merupakan satu proses kolaborasi.
View this post on Instagram
“Kita berlakon dan kita faham erti kolaborasi. Kalau tidak, kita akan jadi dungu dan hanya mengikut.”
Beliau turut mengingatkan pelakon supaya lebih berhati-hati kerana sekiranya berlaku sesuatu kontroversi, mereka mungkin turut menerima kesannya.
“Kalau apa-apa berlaku, mereka akan ‘throw you under the bus’. Jadi, untuk lebih selamat, saya belajar perkara itu dengan cara yang sukar,” ujarnya.
Bagaimanapun, Zul menegaskan kenyataannya itu bukan bertujuan menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya sekadar berkongsi pengajaran daripada pengalaman yang pernah dilaluinya.
“Saya bukan nak menuding kepada sesiapa. Tetapi kalau perkara itu terjadi lagi pada masa hadapan, berhati-hatilah.”
Dalam pada itu, Zul menyambut baik tindakan yang diambil terhadap kandungan yang mencetuskan kontroversi, meskipun beliau berpandangan terdapat isu sebelum ini yang tidak dikenakan tindakan.
Terdahulu, Zul pernah mencetuskan kontroversi pada 2022 selepas berkongsi sedutan babak sebuah drama bersiri yang dianggap keterlaluan.
Dia kemudian memohon maaf dan didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Redza Rosli, Bella Hanna hadir Mahkamah Syariah, Di Ambang Perceraian? - "Minta Maaf Semua"
The post “Saya Tiada Pilihan, Saya Kena Minta Maaf” – Zul Ariffin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




