Misi 40 Hari Selawat, Ruhainies Tampil Kongsi Pengalaman Hari Ke-33 - “Saya Boleh Rasakan Perubahan…”

26 Nov 2024 • 10:12 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon sensasi, Ruhainies tampil berkongsi pengalamannya dalam misi menuju ke 40 hari selawat sebanyak 1,000 kali sehari. 

Rasa perubahan 

Menerusi sesi soal jawab mengenai misi 40 hari selawat bersama pengikutnya, Ruhainies memaklumkan dia sudah dapat merasakan perubahan meskipun baru sahaja memasuki hari ke-33. 

“Alhamdulillah dah lebih 40 hari. Nampak perubahan. Semoga terus istiqamah,” tulis salah seorang pengguna Instagram kepada Ruhainies. 

“Alhamdulillah. Sama lah saya. Walaupun belum cukup 40 hari, saya boleh rasakan perubahan dan banyak nikmat yang diterima. Saya tak perlu kongsi apa, biarlah saya dan Allah sahaja yang tahu,” jawab Ruhainies. 

image is not available

Terdahulu, Ruhainies juga pernah berkongsi hasrat murni mahu menyempurnakan misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.

Ruhainies yang sudah menggerakkan misi itu turut mengajak orang ramai sama-sama melakukan amalan tersebut. 

Sebelum ini, biarpun berdepan pelbagai kecaman susulan kes khalwat pada 9 Mac lalu membabitkan dirinya dengan pelakon Aliff Aziz, masih ramai peminat memberikan sokongan terhadapnya.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan dua hari bermula 20 Feb 2025 untuk perbicaraan kes mereka yang didakwa atas pertuduhan berkhalwat di sebuah unit kondominium. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved