NASA menangguh pelancaran misi Artemis II yang dijadualkan pada bulan Mac kerana kebocoran pada tangki bahan api serta injap yang digunakan untuk sistem tekanan kapsul krew Orion. Roket SLS dikembalikan ke bangsal dan selepas lebih sebulan tertangguh, NASA kini mengumumkan pelancaran Artemis II dijadualkan seawal 1 April ini. Roket SLS dijadualkan akan kembali ke pada pelancaran pada 19 Mac.

Krew terdiri daripada angkasawan NASA Reid Wiseman, Victor Glover and Christina Koch serta angkasawan Agensi Angkasa Lepas Kanada Jeremy Hansen. Artemis II akan mengambil masa 10 hari dengan ia menjadikan perjalanan paling jauh daripada bumi pernah dilakukan oleh manusia. Misi akan melihat sama ada kapsul Orion boleh membawa krew mengelilingi bulan dengan selamat. Ia turut membawa artifak bersejarah seperti sebahagian kanvas sayap kapal terbang pertama Wright Flyer 1.
Kelewatan SpaceX membangunkan Spaceship menyebabkan Artemis III hanya akan dilancarkan selepas 2027. Kecewa dengan kegagalan SpaceX, NASA telah membuka tender untuk sistem pendaratan bulan sekunder daripada konsortium terdiri daripada Blue Origin, Lockheed Martin, Northrop Grumman, dan Draper.
Ini juga memaksa NASA menangguh misi kembali ke bulan menerusi Artemis IV dan bukan lagi Artemis III. Artemis III akan dijadikan misi menguji sistem pendaratan bulan dan sokongan hidup di orbit bumi rendah terlebih dahulu.

