Misi GSF: Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah, Muntah Beberapa Kali & Tisu Bahu Koyak

WorldHealth & Fitness
5 Oct 2025 • 11:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru melalui live pelakon Nadzmi Adhwa, dia memaklumkan bahawa isteri, Ardell bukan sahaja mengalami tekanan darah rendah, malah lebih teruk dari itu.

image is not available

Menurut Adhwa, dia menerima panggilan daripada pihak hospital Istanbul yang memaklumkan keadaan isterinya yang lemah selepas ditahan dalam penjara tentera Israel beberapa hari lalu.

Katanya, tisu bahu Ardell terkoyak, malah beberapa kali muntah hingga mengakibatkan keadaannya lemah.

image is not available

Susulan perkhabaran itu, ramai meluahkan rasa bimbang mendengar kesihatan Ardell tetapi dalam pada masa yang sama, mendoakan dirinya kuat agar dapat kembali ke pangkuan keluarga.

image is not available 2025-10-05 22:00:42

Misi GSF: Nadzmi Adhwa Kongsi Keadaan Kesihatan Ardell Aryana - "Tekanan Darah Dia Rendah..."