Misi Pertama Mengkaji Haid Di Angkasa Akan Dilancarkan 2027

SpaceHealth & Fitness
22 Jun 2026 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Yuri Gagarin ialah manusia pertama berjaya pergi ke angkasa lepas menerusi misi Vostok 1 pada 12 April 1961. Sejak itu lebih 750 angkasawan telah ke angkasa lepas dengan sekitar 119 daripadanya adalah wanita. Fakta menarik, wanita Islam pertama ke angkasa lepas ialah Anousheh Ansari pada tahun 2006 menerusi misi Soyuz TMA-9/8.

Image from: Misi Pertama Mengkaji Haid Di Angkasa Akan Dilancarkan 2027

Walaupun ribuan eksperimen sains telah dilakukan di angkasa lepas, tidak ada satupun dilakukan untuk mengkaji haid. Oleh itu pada tahun depan, Virgin Galactic dan Operation Period mengumumkan misi Operation Period‑01 (OP‑01) dengan ia diketuai oleh Manju Bangalore dan Priya Abiram.

Misi ini akan mengkaji kesan mikrograviti terhadap fisiologi haid dan kesihatan hormon, serta implikasinya terhadap individu yang mengalami haid di angkasa lepas. Penemuan dijangka memberi manfaat kepada angkasawan masa depan dan juga inovasi kesihatan di Bumi, termasuk sains reproduktif dan penyakit kronik yang kurang dikaji.

Pada masa ini, angkasawan wanita biasanya memilih untuk menahan sepenuhnya haid mereka melalui IUD hormon atau pil kontraseptif. Data tentang haid di angkasa lepas akan menjadi penting jika angkasawan ingin melalukan misi angkasa lepas yang lebih lama (seperti ke Marikh) atau tinggal yang lebih lama di permukaan bulan seperti yang telah dirancang NASA, AESA, JAXA, CNSA, dan ROSCOSMOS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved