Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

4 Sep 2026 • 7:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

image.png

Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Kilometer (KM) 30 hingga KM30.5 arah Klang ke Kuala Lumpur, bukan dilitupi salji tetapi  berpunca daripada sisa tumpahan sabun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah, berkata ia dipercayai tumpah dari lori pada 24 Ogos lalu di susur Kota Kemuning sebelum masuk ke Lebuhraya KESAS menghala ke Klang.

image.png

Tindakan Pantas Pihak Bomba dan Konsesi KESAS

"Pihak bomba juga telah mengambil tindakan dengan menabur serbuk kayu di sepanjang sisa sabun yang tumpah di lokasi pada hari sama.

"Bagaimanapun, hujan lebat hari ini (petang semalam) menyebabkan sisa tumpahan sabun berkenaan mengeluarkan sejumlah buih sepanjang kira-kira 500 meter," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Terdahulu tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan buih dapat dilihat di sebahagian kawasan Lebuhraya KESAS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved