Misteri Bunyi Ketukan Jam 3 Pagi Di Puncak Alam, Ramai Tak Lena Tidur

LocalLifestyle
21 May 2026 • 10:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Misteri Bunyi Ketukan Jam 3 Pagi Di Puncak Alam, Ramai Tak Lena Tidur

Misteri Bunyi Ketukan Jam 3 Pagi Di Puncak Alam, Ramai Tak Lena Tidur

Tersedar ketika tengah malam itu sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang, tetapi tersedar akibat mendengar ketukan di pintu boleh membuatkan sesiapa saja tidak senang duduk.

Lebih-lebih lagi bila identiti individu yang mengetuk pintu itu tidak diketahui.

Bayangkan jam 3 pagi terdengar ketukan di pintu rumah, apabila keluar untuk melihat siapa di luar, rupanya tiada orang.

Misteri bunyi ketukan di Puncak Alam

Itulah yang dialami oleh penduduk di Puncak Alam ketika ini. Sejak semalam, media sosial terutamanya di Threads kecoh dengan dakwaan dari penduduk di situ yang mendengar ketukan sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan punca ketukan yang dialami oleh mereka.

Namun, ada juga yang mengaitkan kejadian itu dengan perkara mistik.

Image from: Misteri Bunyi Ketukan Jam 3 Pagi Di Puncak Alam, Ramai Tak Lena Tidur

Dalam masa yang sama, ada yang turut mengatakan bahawa kejadian itu mungkin berlaku kerana tekanan atmosfera. Ia terjadi ketika cuaca panas dan selepas itu berlakunya hujan lebat dan ribut.

Baca juga:

Disebabkan itu, pintu, tingkap atau bumbung rumah 'bergegar' atau mengeluarkan bunyi seperti ketukan.

Image from: Misteri Bunyi Ketukan Jam 3 Pagi Di Puncak Alam, Ramai Tak Lena Tidur

View Original Article