Misteri patin kena ‘jamah’ waktu malam

18 Aug 2026 • 5:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Misteri patin kena ‘jamah’ waktu malam

PETALING JAYA – Seekor ikan patin yang dibela di dalam sangkar ditemukan tinggal separuh selepas dipercayai menjadi mangsa gigitan haiwan misteri ketika berada di dalam sangkar.

Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Aliff Muhammad menerusi satu hantaran yang memaparkan keadaan ikan berkenaan selepas diperiksa pada waktu pagi.

Menurutnya, kesan gigitan yang ditinggalkan pada ikan terbabit agak besar sehingga menimbulkan persoalan mengenai haiwan yang mampu menyerangnya ketika malam.

“Kesan gigitan agak besar, bangun pagi tengok ikan patin tinggal separuh atas sangkar. Takkan kucing naik atas sangkar datang makan pula malam-malam,” katanya.

Perkongsian lelaki itu sekali gus mengundang tanda tanya mengenai kemungkinan ikan berkenaan menjadi sasaran pemangsa lain yang menghampiri sangkar pada waktu malam.

Kejadian itu turut menarik perhatian pengguna media sosial yang cuba meneka haiwan sebenar di sebalik kehilangan sebahagian ikan berkenaan.

“Memerang solo, ada seekor betul besar, ada (anggaran) 30 hingga 40 kilogram beratnya,” kata Din Panjang.

“Baung merah punya kerja,” teka Jalil Jay.

“Memerang atau biawak sungai punya kerja, gigi besar,” kata Syukri.

“Memerang. Binatang ni cukup tak guna, kalau dalam sangkar dia akan ulang hari-hari datang makan sampai habis ikan. Kena sekat awal-awal,” pesan Ku Hafidzi.

“Kalau tengok pada gaya gigitan, macam lembaga yang bagi muntah dekat si badang tu. Masih hidupkah lembaga tersebut,” seloroh Mohd Azlan. – KOSMO! ONLINE

The post Misteri patin kena ‘jamah’ waktu malam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved