Siapa ketuk rumah orang Alor Setar pukul 12 malam?

17 Aug 2026 • 3:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siapa ketuk rumah orang Alor Setar pukul 12 malam?

ALOR SETAR – Sebilangan penduduk di Jalan Langgar dan Pekan Langgar serta beberapa kawasan lain di sini mendakwa terdengar bunyi ketukan misteri di pintu rumah pada waktu malam sebelum terkejut apabila mendapati tiada sesiapa ketika diperiksa.

Kegusaran itu dikongsi menerusi hantaran di Threads dan Facebook yang mendapat perhatian pengguna media sosial.

nurrfariha dalam hantarannya mendakwa pintu rumah diketuk beberapa kali tetapi hasil pemeriksaan tiada sesiapa di situ.

“Ada tak orang Alor Setar kat sini, rumah kita kena ketuk banyak kali malam-malam buta, jiran pun dengar. Dia check CCTV tunjuk kat abang polis tak nampak apa. Nampak gaya aku pun nak kena pasang juga CCTV ni,” katanya dalam hantaran tersebut.

Meninjau ruangan komen, n4drmn yang tinggal di Tajar mendakwa mendengar bunyi ketukan yang kuat seperti diketuk orang sedang marah.

“Rumah saya pun dengar juga sis tengah malam, area motel Mesra. Kami keluar round tak ada apa. Selepas itu, adik kata dengar bunyi sekali lagi,” kata fatenkhalidakhalid.

“Pelik no..12.30 tu merata dia bunyi ketuk dalam kawasan Langgar. Semalam di Taman Lelasari ni 12.30 itu la saya jenguk keluar. Dok ingat jiran nak masuk rumah terkunci ka apa,” kata
iamhafizeffendi.

“Kot rumah saya kena juga dalam pukul 12.10. Kuat amat, ingat apa…Laki pula jenis tak boleh dengar, siap keluar rumah suluh merata. Lepas tu, kita tak boleh lena sampai sekarang sebab takut. Buka zikir sampai tak tutup lagi,” kongsi deyna90.

Sementara itu, beberapa pengguna dalam Kumpulan Facebook Penduduk Pekan Langgar HSB Kepala Batas Kedah turut berkongsi kejadian sama.

Seorang pengguna mendakwa berlaku ketukan pada waktu malam, namun pemeriksaan di televisyen litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan kehadiran sesiapa di situ. – KOSMO! ONLINE

The post Siapa ketuk rumah orang Alor Setar pukul 12 malam? appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved