“Misya Dah Diblock Oleh Puan Abby Dan Anaknya” – Isteri Pertama Aslam Akhirnya Bersuara

LocalEntertainment
17 Apr 2025 • 3:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
umisya mazlan

Nama Umisya Mazlan tiba-tiba menjadi sebutan netizen selepas timbulnya pelbagai dakwaan dan spekulasi yang dikaitkan dengan dirinya.

Tak tahan lagi diasak dengan pelbagai mesej dan fitnah, Umisya akhirnya tampil buka mulut dan jelaskan semuanya dalam satu perkongsian panjang di Thread.

Isteri pertama Aslam, Umisya jawab fitnah tersebar

image is not available

Menurut Umisya, dia bukanlah sesiapa, cuma isteri dan ibu kepada tiga orang anak yang selama ini lebih suka berdiam diri.

Tapi bila dah banyak sangat kata-kata yang tak betul keluar dari pelbagai pihak, dia rasa terpanggil untuk bersuara.

Jelas Umisya, dia tidak tahu mengenai sebarang kenyataan yang dikeluarkan kerana telah disekat oleh ibu mentua suaminya (Abby Abadi) dan pihak yang berkaitan.

Jadi sebarang maklumat datang dari media dan netizen, bukannya dari dirinya sendiri.

Tak pernah minta sesiapa meminta maaf

image is not available

Satu lagi perkara yang ditekankan Umisya adalah isu kononnya dia meminta orang lain memohon maaf kepadanya.

Jelasnya, perkara tu tak pernah berlaku langsung dan dia tak keluarkan apa-apa kenyataan berkaitan ‘maaf’ seperti yang digembar-gemburkan.

image is not available

Isu yang timbul juga membuatkan ada pihak mendakwa Umisya cuba ‘menunggang’ populariti. Tapi dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut berkata jika ingin meraih populariti sudah lama dia membuat content bersama madu.

Tetapi semua tu tak berlaku disebabkan masing-masing buat ‘boundaries’ untuk ketenangan diri sendiri.

Pssttt! Apa-apa pun, biarlah masing-masing hidup tenang, jangan tambah api pada benda yang dah sedia panas. Hormat privasi orang dan berhenti buat spekulasi kalau tak tahu hujung pangkal.

Kredit: Threads Umisya Mazlan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.