MITI beri penjelasan, tiada makluman pelarasan syarat pemilikan ekuiti Bumiputera

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 12:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MITI beri penjelasan, tiada makluman pelarasan syarat pemilikan ekuiti Bumiputera
MITI tidak mempunyai makluman mengenai penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

SHAH ALAM - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak mempunyai makluman mengenai penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

MITI dalam satu kenyataan berkata, perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi (EPU).

"Pihak Kementerian ingin menjelaskan bahawa tidak mempunyai makluman mengenai perkara tersebut.

"Diharapkan penjelasan ini dapat membantu memperbetul peranan MITI dalam perkara ini supaya maklumat yang disampaikan kepada pihak awam adalah tepat dan jelas," ujarnya pada Selasa.

Sebelum ini, pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang IPS di bawah KPM.

KPM memaklumkan keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan MITI.

Menurut KPM, pihaknya mengambil maklum pandangan yang dibangkitkan berhubung syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS tertentu yang dimiliki melalui syarikat sendirian berhad seperti yang dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar IPS yang diterbitkan pada 2006.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved