Penyelarasan syarat ekuiti Bumiputera: Siapa sebenarnya buat keputusan? - Lian Ker

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 3:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penyelarasan syarat ekuiti Bumiputera: Siapa sebenarnya buat keputusan? - Lian Ker
Lian Ker

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mempersoalkan pihak yang sebenarnya membuat penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau berkata, terdapat percanggahan maklumat antara KPM dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkaitan perkara tersebut.

"Lebih menarik, MITI menjelaskan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera pula berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU).

"Jadi, siapa sebenarnya yang membuat keputusan untuk menggugurkan syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS?" soalnya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang IPS di bawah KPM.

KPM memaklumkan keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan MITI.

Mengulas lanjut, Lian Ker berkata, perkara tersebut bukan sekadar dasar, sebaliknya, melibatkan koordinasi kerajaan, ketepatan maklumat dan akauntabiliti.

"Kalau perkara sebesar dasar ekuiti pun boleh berlaku dengan kenyataan kementerian yang bercanggah, rakyat berhak bertanya, adakah kerajaan benar-benar tahu siapa yang membuat keputusan, siapa yang meluluskan dan siapa yang bertanggungjawab?

"Atau akhirnya, bila timbul masalah jadi 'bukan saya, bukan kementerian saya'?" katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved