MITI nasihat pengendali pusat data tidak sediakan perkhidmatan kepada tujuh syarikat dalam senarai AS

24 Nov 2026 • 12:06 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MITI nasihat pengendali pusat data tidak sediakan perkhidmatan kepada tujuh syarikat dalam senarai AS Image from: MITI nasihat pengendali pusat data tidak sediakan perkhidmatan kepada tujuh syarikat dalam senarai AS hamden24/11/2026 - 12:06 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Nov – Semua pengendali pusat data di Malaysia akan diberi notis supaya tidak menjadi hos, menyewakan ruang atau menyediakan perkhidmatan kepada tujuh entiti yang disenaraikan dalam Senarai Entiti Amerika Syarikat (AS).

 

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, notis itu akan dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) susulan tindakan Bureau of Industry and Security (BIS), Jabatan Perdagangan AS menambah tujuh entiti ke dalam senarai berkenaan pada 23 November 2026.

 

Daripada tujuh entiti itu, dua syarikat yang disenaraikan dikenal pasti sebagai entiti Malaysia, iaitu Speedmatrix Sdn Bhd dan MSFusion Sdn Bhd.

 

MITI menjelaskan, Speedmatrix Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Megaspeed International Pte. Ltd yang diperbadankan di Singapura.


 

Artikel berkaitan: AS senarai hitam tiga syarikat Malaysia susulan isu dakwaan pemindahan cip AI termaju

 

Bagaimanapun, berdasarkan rekod MIDA, PT Megaspeed International bukan entiti di Malaysia dan bukan pengendali mahupun penyewa pusat data yang beroperasi di negara ini.

 

Malaysia kekal komited untuk memastikan persekitaran perdagangan yang selamat, telus dan berasaskan peraturan, selain tidak membenarkan negara digunakan sebagai saluran untuk mengelak kawalan eksport.

 

MITI berkata, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang berkaitan.

 

Berikut senarai penuh tujuh entiti yang dimasukkan dalam Senarai Entiti AS:

 

Malaysia

• MSFusion Sdn. Bhd.; • PT Megaspeed International; dan • Speedmatrix Sdn Bhd.

 

Singapura 

• Apex Enterprise Solutions (Singapore) Private Limited; • Megaspeed International Pte. Ltd.; dan • Swiftdata Pte. Ltd.

 

Thailand • Megaspeed (Thailand) Co., Ltd. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved