MITI sahkan belum ada bukti penyeludupan cip AI, siasatan masih berjalan -Tengku Zafrul

LocalTechnology
15 Jul 2025 • 5:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) belum menemui sebarang bukti berkaitan dakwaan penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi di Malaysia, kata Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

MITI giat siasat bukti penyeludupan cip AI

Memetik laporan daripada Bernama, beliau memaklumkan bahawa siasatan sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan seperti polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak industri.

“Setakat ini, kami tidak menemui sebarang bukti. Kami telah bercakap dengan Amerika Syarikat (AS) dan pemain besar untuk bekerjasama dan bekerjasama dengan kami.
“Jika ada bukti, kami pasti akan mengambil tindakan. Siasatan masih berjalan,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Kad Laporan Prestasi MITI Suku Kedua 2025.

image is not available

Penyeludupan cip AI mungkin kerana permintaan semakin meningkat

Menurut Tengku Zafrul, permintaan terhadap cip AI di Malaysia semakin meningkat sejajar dengan pertumbuhan pesat industri pusat data di negara ini.

“Saya berpendapat Malaysia telah menjadi perhatian apabila mula menjadi pemain dominan dalam industri berkenaan dan ia telah menimbulkan ‘red flags’,” ujarnya.

image is not available

Susulan itu, MITI telah mengambil langkah kawalan serta-merta terhadap eksport, pemindahan dan transit cip AI dari Amerika Syarikat yang berada di Malaysia menerusi peruntukan “Catch-All Control” di bawah Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010).

Jelas beliau lagi, kerajaan mahu memastikan segala aktiviti perdagangan berkaitan cip AI dilakukan secara bertanggungjawab dan mematuhi semua peraturan antarabangsa.

“Kami mahu memastikan terdapat perdagangan bertanggungjawab dan sedang menyemak penyenaraian cip AI di bawah Senarai Item Strategik (SIL),” katanya lagi.

image is not available

Artikel lain: Didakwa ciplak idea, MITI siasat dakwaan hasil kerja kreatif Pavilion Malaysia

Difahamkan, MITI juga akan memastikan segala piawaian dipatuhi seperti kewajiban antarabangsa bagi mengelakan sekatan sekunder demi industri serta ekonomi negara.

Sumber: Bernama