Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang

LocalCars
28 Apr 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di negara ini, bersama rakan pengedar sah Millennium Autohaus Sdn Bhd telah membuka pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Ia yang terletak di Lot 1872A jalan Semenyih, Kajang Selangor,itu sudah bersedia untuk memenuhi bilangan pelanggan yang semakin meningkat di Kajang dan kawasan sekitar.

image is not available

Pusat 3S yang dibina di tanas seluas seluas 15,800 kaki persegi dengan kemudahan 9,600 kaki persegi, direka untuk memberikan pengalaman jenama Mitsubishi yang lengkap, selain menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang sudah ditambah baik untuk pelanggan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengukuhkan perkongsian dengan Millennium Autohaus melalui pembukaan cawangan baharu Mitsubishi Motors ini di Kajang.

image is not available

Pelancaran bilik pameran ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa selain melebarkan lagi rangkain di seluruh Lembah Klang,” katanya.

image is not available

Cawangan Kajang akan mempamerkan beberapa model popular Mitsubishi, termasuk Triton dan Mitsubishi XPANDER yang paling laris. Triton dikatakan terus memenangi anugerah sebagai trak pikap yang boleh dipercayai yang mempamerkan pemanduan yang luar biasa prestasi.

image is not available

Tidak ketinggalan, XPANDER yang berjaya menambat hati pembeli yang sudah berkeluarga keluarga kerana ruang kabinnya yang luas, reka bentuk moden, dan prestasi praktikal.

Ini adalah rangkaian kedua untuk Millennium Autohaus berikutan kejayaan pelancaran cawangan pertamanya di Kota Damansara pada September 2021.