
Anggota kumpulan Padie, Aretoy mengambil keputusan untuk memotong rambutnya secara spontan selepas persembahan pertama mereka di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Potong rambut bernazar
“Saya potong rambut selepas habis persembahan pertama, memang on the spot. Sebenarnya saya ada simpan niat, saya bernazar.
“Kalau dapat pergi final memang nak gunting rambut cuma bila terfikir nak gunting tu apa salahnya botakkan terus.
Karakter Amy Search
“Memang tadi tukang gunting rambut potong dengan kemas dan pantas. Kami pun tidak mahu Aretoy berada dalam keadaan tertekan untuk kejar persembahan seterusnya.
“Jadi jadi kami suruh Aretoy naik dulu. Kami pesan apa-apa pun sebelum sarungkan baju karakter, selesaikan dahulu rambut dia sebab benda ini kita dah locked.
