MNRB Holdings menubuhkan program kertas komersial RM500 juta

LocalBusiness & Finance
2 Sep 2026 • 3:29 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MNRB Holdings menubuhkan program kertas komersial RM500 juta Image from: MNRB Holdings menubuhkan program kertas komersial RM500 juta hamden02/09/2026 - 15:29 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 2 Sept - MNRB Holdings Bhd akan mewujudkan program kertas komersial (CP) bernilai nominal sehingga RM500 juta bagi memberi fleksibiliti tambahan kepada kumpulan dalam membiayai keperluan modal kerja, pelaburan dan perbelanjaan modal.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MNRB Holdings berkata, pihaknya pada 1 September 2026 telah menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan cadangan penubuhan program CP itu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah Rangka Kerja Serah dan Laksana (Lodge and Launch Framework).

 

Program CP berkenaan membolehkan MNRB Holdings menerbitkan CP dari semasa ke semasa sehingga nilai nominal maksimum RM500 juta.

 

Program itu mempunyai tempoh tujuh tahun bermula dari tarikh penerbitan pertama CP, manakala penerbitan pertama perlu dibuat dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh penyerahan kepada SC atau dalam tempoh lain yang ditetapkan SC.

 

CP yang diterbitkan akan mempunyai tempoh matang antara satu hingga 12 bulan, dengan syarat ia matang sebelum tamat tempoh program CP.

 

Program berkenaan turut menerima penarafan kredit jangka pendek P1 daripada RAM Rating Services Bhd.

 

Menurut MNRB Holdings, hasil penerbitan CP akan digunakan untuk memenuhi keperluan modal kerja am, pelaburan strategik dan/atau am serta perbelanjaan modal.

 

Dana berkenaan turut boleh digunakan bagi tujuan pembiayaan semula, keperluan korporat am lain serta pembayaran perbelanjaan berkaitan program CP.

 

Langkah itu dijangka memberi MNRB Holdings sumber pembiayaan tambahan yang lebih fleksibel bagi menyokong keperluan operasi, pelaburan dan strategi pertumbuhan kumpulan.

 

Sementara itu, Affin Hwang Investment Bank Bhd dilantik sebagai Penasihat Utama, Pengatur Utama dan Pengurus Utama bagi program CP tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved