
xAI hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada model kecerdasan buatan janaan mereka, melalui Grok 4.1. Versi baharu Grok ini ditawarkan kepada semua pengguna melalui laman Grok.com, melalui laman X, dan juga aplikasi mudah-alih Grok.
xAI mengatakan Grok 4.1 adalah lebih baik, dan ia kurang berhaulisinasi berbanding model sebelum ini. Terma “halusinasi” sering digunakan untuk model kecerdasan buatan yang menghasilkan jawapan tidak tepat dan salah.
Disamping itu, Grok 4.1 dikatakan lebih laju dalam operasi berbanding sebelum ini. Ia juga mencatatkan skor tinggi melalui pelbagai ujian penanda aras untuk model kecerdasan buatan. Bagi anda yang berminat, boleh menguji Grok 4.1 hari ini.



