Model Llama 3.2 Dilancarkan Dengan Kemampuan Memahami Gambar dan Dijalankan Pada Telefon Pintar

TechnologyDigital
26 Sep 2024 • 8:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Model kecerdasan buatan (AI) terkini Llama 3.2 telah diumumkan oleh Meta pagi ini dengan ia bukan sahaja mempunyai jumlah parameter yang lebih besar tetapi turut mempunyai kemampuan memahami gambar dan hadir dalam versi yang boleh dijalankan terus pada sebuah peranti mudah alih.

Llama 3.2 hadir dalam versi 90B, 11B, 3B dan 1B. Llama 3.2 90B dan 11B ialah dua model yang paling berkuasa dengan ia dilatih menggunakan 90 bilion parameter. Ia adalah AI multimodal yang. memahami konteks gambar yang dimuat naik pengguna.

image is not available

Sebagai contoh sekiranya gambar carta jualan tahunan dikongsi, ia boleh memberikan jawapan bilakah jualan tertinggi ataupun paling rendah berlaku. Kemampuan multimodal membolehkan dokumen yang mengandungi teks dan imej diproses dengan lebih tepat.

Llama 3.2 3B dan 1B adalah dua model yang hanya memahami teks sahaja pada ketika ini. Saiznya yang kecil membolehkannya dipasang dan dijalankan terus pada peranti mudah alih seperti telefon pintar. Meta mengatakan kedua-dua model kini sedia disokong pada cip keluaran Qualcomm dan MediaTek.