Ciri Ask Photos Pada Google Photos Mula Diaktifkan

TechnologyDigital
6 Sep 2024 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menerusi Ask Photos pengguna boleh bertanya soalan kepada Google Photos untuk mencari gambar tertentu. Ia memahami konteks soalan kerana menggunakan kecerdasan buatan (AI) Gemini. Hari ini Ask Photos mula diaktifkan kepada pengguna di Amerika Syarikat selepas ia kali pertama diperlihatkan ketika Google I/O pada Mei lalu.

image is not available

Carian gambar boleh dilakukan dengan bertanyakan soalan seperti “di mana kita pergi ketika di Kuala Selangor?”. Gemini memahami konteks dan gambar yang berkaitan dengan lokasi dan aktiviti akan dipaparkan dalam Photos. Jika gambar yang dipaparkan masih kurang tepat, soalan seterusnya untuk memperhalusi carian boleh diberikan kerana Ask Photos memahami konteks rantaian perbualan.

Selain itu soalan untuk memaparkan gambar yang terbaik untuk hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan banyak lagi turut boleh ditanya bagi menghasilkan album khas atau video Memories baharu yang kemudiannya boleh dikongsi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved