OpenAI Dijangka Perkenal Model AI Lebih Pintar Dalam Tempoh Sekitar 2 Minggu

TechnologyDigital
11 Sep 2024 • 10:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI sedia menawarkan sokongan kecerdasan buatan generatif melalui ChatGPT. Pada hari ini, model terbaru yang ditawarkan adalah ChatGPT-4o, yang menawarkan respon lebih baik berbanding beberapa model sebelum ini.

Tidak setakat itu, kini hadir laporan mengatakan OpenAI akan menawarkan model kecerdasan buatan yang lebih baik sebagai salah satu pilihan, dalam masa sekitar dua minggu lagi. Untuk makluman, sebelum ini ia sedia diperkatakan OpenAI sedang membangunkan model baharu dengan nama kod “Strawberry” yang menawarkan keupayaan interaksi lebih baik, termasuk lebih analitikal berbanding sedia ada.

image is not available

Ia turut dikatakan model “Strawberry” ini akan mengambil masa beberapa saat untuk berfikir sebelum memberikan jawapan – dan tidak segera seperti ChatGPT hari ini. Satu lagi kekangan sewaktu pengenalan adalah ia mungkin memfokuskan kepada keupayaan interaksi teks sahaja ketika pengenalan, dan tiada sokongan multimodal untuk memproses gambar.

Model baharu ini dijangka ditawarkan dalam bentuk pilihan kepada pengguna, pada harga langganan lebih tinggi berbanding sedia ada. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan model baharu oleh OpenAI ini tidak lam alagi.