Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa syukur selepas selesai menjalankan amanahnya mengumumkan senarai saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan MADANI, hari ini.
Beliau menzahirkan harapan agar kesemua yang diberikan amanah dapat bekerja dengan penuh iltizam dan tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan.
Bekerja penuh tanggungjawab

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan turut berterima kasih kepada pemimpin yang pernah berada dalam kabinet sebelum ini atas sumbangan mereka dalam menjayakan agenda kerajaan.
“Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada barisan pimpinan yang telah bersama dalam Kabinet MADANI sebelum ini atas khidmat bakti, sumbangan serta komitmen mereka dalam menjayakan agenda reformasi dan pembangunan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Artikel lain: Asyraf Wajdi ucap tahniah kepada Jemaah Menteri baharu -“Ia adalah amanah besar…”
Bekerja penuh tanggungjawab

Berikut merupakan senarai Kabinet Baharu Kerajaan Perpaduan.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu
Datuk Mustapha Sakmud dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah Sarawak)
Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilantik menerajui Kementerian Ekonomi
Liew Chin Tong diumum Timbalan Menteri Kewangan baharu
Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik Menteri Belia dan Sukan yang baharu
R. Ramanan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia yang baharu
Marhamah Rosli dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu
Steven Sim dilantik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dilantik Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang baharu
Senator Dr Zulkifli pula dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu
Sumber: Facebook @Anwar Ibrahim

