Mohamad Hijazi ditemui di Alor Setar, malam tadi

26 Aug 2026 • 12:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mohamad Hijazi ditemui di Alor Setar, malam tadi

GEORGE TOWN – Tanda tanya mengenai kehilangan seorang guru di sebuah Sekolah Agama Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, Mohamad Hijazi Zamri, 26, akhirnya terjawab apabila dia ditemukan di Alor Setar, Kedah, malam tadi.

Perkara itu dikongsikan bapanya, Zamri Saidin, 53 kepada Kosmo!, di sini berhubung penemuan anak sulung daripada tujuh beradik itu, kira-kira pukul 10 malam.

“Saya menerima panggilan daripada individu yang memaklumkan Mohamad Hijazi ditemui sedang melilau di Alor Setar, Kedah, dalam keadaan yang tiada tenaga.

“Kawan-kawan dia juga yang jumpa. Mereka hubungi saya beritahu kami sudah jumpa Mohamad Hijazi.

“Saya ada bercakap dengan anak, saya dengar sepatah dua suara dia untuk pastikan betul atau tidak. Alhamdulillah, memang betullah anak saya,” katanya.

Menurutnya, suara Hijazi ketika itu kedengaran lemah dan tidak bermaya, dipercayai akibat keletihan serta kelaparan.

“Suara dia agak tidak berapa ada, mungkin keletihan, kepenatan dan kelaparan kerana dua tiga hari tidak makan. Cuma keadaan kesihatan dia termasuk kalau ada luka atau apa-apa, saya belum pasti lagi,” ujarnya.

Beritahu Zamri lagi, pihak polis juga sudah memaklumkan mengenai penemuan Mohamad Hijazi dan akan membawanya pulang ke balai bagi membantu siasatan.

“Alhamdulillah, syukur. Lebih kurang 10 minit tadi adik dia telefon saya dan beritahu yang abangnya sudah menaiki kereta polis, dah bawa balik.’

Dalam pada itu, Zamri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu mencari Mohamad Hijazi selain tidak putus-putus mendoakan keselamatan anaknya.

“Terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan anak saya. Akhirnya alhamdulillah, Allah makbulkan doa.

“Orang yang baik-baik, saudara-mara dan semua yang mendoakan, Allah makbulkan doa itu, maka anak dapat kembali ke pangkuan kami. Syukur, alhamdulillah,” tambahnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan mengenai kehilangan Mohamad Hijazi sejurus keluar menunaikan solat Isyak di Surau Al-Muttaqin, Sungai Ara di sini, Sabtu lalu.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu keluar dari rumahnya dengan menunggang motosikal Yamaha LC berwarna biru, selain memakai baju-T lengan panjang berwarna hitam dan jingga serta seluar trek hitam. – KOSMO! ONLINE

The post Mohamad Hijazi ditemui di Alor Setar, malam tadi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved