Mohd Shuhaily Beri Amaran, Tak Akan Lindungi Pegawai Terlibat ‘Counter Setting’

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 1:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • AKPS beri amaran tegas tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam salah laku termasuk kegiatan ‘counter setting’.
  • Seorang pegawai AKPS ditahan kerana disyaki membawa masuk warga asing tanpa dokumen perjalanan sah menerusi kaunter Imigresen di KLIA Terminal 2.
  • Pegawai wanita AKPS bongkar kegiatan itu selepas berani melaporkan salah laku yang dipercayai dilakukan pegawai atasannya.
  • Ketua Pengarah AKPS mahu rangkaian lebih besar dibongkar dan berjanji memberikan kerjasama penuh kepada PDRM dalam siasatan.

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain memberikan amaran tegas bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang terlibat dalam salah laku, termasuk kegiatan ‘counter setting’.

Menurut laporan Kosmo, ketegasan itu disuarakan susulan penahanan seorang pegawai AKPS yang dipercayai terlibat dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa dokumen perjalanan sah menerusi kaunter Imigresen di KLIA Terminal 2.

Malah, beliau berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membongkar rangkaian lebih besar yang mungkin terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Tangkap berapa ramai pun yang mahu ditangkap. Saya rasa sudah cukup, rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kegiatan seperti ini.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Siapa yang bongkar salah laku?

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

Dalam perkembangan sama, Mohd. Shuhaily mendedahkan penahanan pegawai terbabit berjaya dilakukan hasil keberanian seorang pegawai wanita AKPS yang tampil melaporkan salah laku selepas melihat tindakan pegawai atasannya.

Menurut beliau, keberanian pegawai wanita berbangsa India itu wajar diberikan penghargaan kerana sanggup menentang perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dalam agensi berkenaan.

Saya amat menghormati beliau dan akan menemuinya dalam masa terdekat untuk mengucapkan jutaan terima kasih.“Hanya memerlukan seorang individu untuk mengubah apa yang sedang berlaku di lapangan. Keberanian seperti ini adalah titik permulaan kepada perubahan yang ingin kita bawa.

Beliau turut berjanji akan sentiasa memberikan sokongan kepada pegawai wanita berkenaan dan berharap lebih ramai anggota AKPS berani tampil membanteras salah laku.

Beliau berani melawan arus dan saya akan sentiasa berada di belakangnya. Itu janji saya kepadanya. Ini adalah penangkapan anggota kita sendiri oleh anggota kita sendiri.

Apa pandangan Mohd Shuhaily?

Image from: Mohd Shuhaily Beri Amaran, Tak Akan Lindungi Pegawai Terlibat ‘Counter Setting’

Bagaimanapun, Mohd. Shuhaily enggan mengulas lanjut mengenai modus operandi kegiatan terbabit kerana siasatan masih berjalan.

Terdahulu, seorang penjawat awam berusia lingkungan 40-an ditahan selepas disyaki membawa masuk warga asing tanpa dokumen perjalanan sah menerusi kaunter Imigresen di KLIA Terminal 2.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi dilaporkan berkata, kes berkenaan dikesan AKPS sebelum laporan polis dibuat pada 17 November lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Dalam kejadian sama, seorang wanita warga asing berusia 38 tahun turut ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

The post Mohd Shuhaily Beri Amaran, Tak Akan Lindungi Pegawai Terlibat ‘Counter Setting’ appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved