‘Mohd Shuhaily dikembalikan kepada pasukan polis’ – Saifuddin

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 12:38 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dikembalikan kepada PDRM selepas bertugas sebagai Ketua Pengarah AKPS.

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan kembali berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengembalikannya daripada penempatan secara peminjaman kader sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan berkenaan dibuat minggu lalu dan telah berkuat kuasa dalam tempoh yang sama.

Menurutnya, Mohd Shuhaily merupakan pegawai polis yang dipinjamkan ke AKPS dan pengembaliannya kepada PDRM membolehkan pihak polis mengambil tindakan susulan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memaklumkan bahawa status perkhidmatan Mohd Shuhaily telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan nasihat perundangan berhubung sebarang penamatan atau pemendekan tempoh peminjamannya.

Menurut Mohd Khalid, langkah itu perlu kerana penempatan Mohd Shuhaily di AKPS melibatkan kontrak peminjaman selama dua tahun yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Perkara berkenaan turut diserahkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan lanjut.

Mohd Shuhaily, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 28 September lalu.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian, Buletin TV3

The post ‘Mohd Shuhaily dikembalikan kepada pasukan polis’ – Saifuddin appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved